TERMA
Terma perkhidmatan.
Dengan mendaftar atau membuat tempahan RakamRasa, anda bersetuju dengan terma ini. Perkhidmatan disediakan oleh AS GROUP DIGITAL (202603157997 (003860917-X)).
Berkuat kuasa: 8 November 2026
Perkhidmatan
RakamRasa membolehkan tetamu majlis menghantar gambar, rakaman suara (sehingga 30 saat) dan ucapan melalui pautan atau kod QR, tanpa memasang aplikasi. Setiap tetamu boleh menghantar sehingga 20 gambar bagi setiap peranti. Satu pakej meliputi satu majlis.
Harga dan bayaran
Harga pakej ialah RM119 bagi satu majlis, dibayar sekali. Harga dipaparkan sebelum tempahan dan direkodkan pada tempahan anda. Buat masa ini bayaran disahkan secara manual; akses majlis diaktifkan selepas bayaran disahkan.
Akaun anda
Anda bertanggungjawab menjaga kata laluan dan semua aktiviti dalam akaun anda. Maklumkan kami segera jika akaun anda disalahgunakan.
Kandungan tetamu
- Kandungan kekal milik tetamu yang menghantarnya dan tuan majlis. Kami hanya menyimpan dan memprosesnya untuk menyediakan perkhidmatan.
- Tuan majlis bertanggungjawab memaklumkan tetamu tentang penggunaan RakamRasa di majlisnya dan menyemak kandungan sebelum dipaparkan dalam album tetamu.
- Kandungan yang menyalahi undang-undang, lucah, berunsur kebencian atau melanggar privasi orang lain dilarang. Kami boleh membuang kandungan sebegini dan menggantung akses majlis yang menyalahgunakan perkhidmatan.
Tempoh dan pemadaman
Album dibuka sehingga 90 hari dari tarikh majlis, diikuti 30 hari tempoh muat turun. Selepas itu kandungan dipadam. Simpan salinan anda sendiri sebelum tarikh tersebut.
Ketersediaan
Tetamu memerlukan sambungan internet untuk menghantar. Kami berusaha memastikan perkhidmatan sentiasa tersedia, tetapi gangguan rangkaian di lokasi majlis atau penyedia pihak ketiga di luar kawalan kami boleh berlaku.
Refund
Pembatalan dan refund tertakluk kepada Polisi Refund.
Had liabiliti
Setakat yang dibenarkan undang-undang, jumlah liabiliti kami bagi sebarang tuntutan berkaitan sesuatu majlis terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk majlis tersebut.
Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Pertanyaan boleh dihantar kepada hello@rakamrasa.my atau WhatsApp 011-1129 8337.