Siapkan album anda.
Isi nama majlis, pilih gaya foto dan download kad QR yang dah siap design.
KENANGAN, DARI MATA MEREKA
Ada momen yang jurugambar tak sempat lihat.
Biar tetamu simpan sudut cerita mereka—
dalam gambar, suara dan sepatah dua.
Scan QR, terus guna. Tak perlu download app. Cuba sebagai tetamu
Kenali RakamRasa

SEDIKIT PERSEDIAAN. BANYAK KENANGAN.
Isi nama majlis, pilih gaya foto dan download kad QR yang dah siap design.
Tetamu scan, ambil gambar dan tinggalkan suara atau ucapan. Terus guna dalam browser telefon.
Semak kenangan dalam dashboard anda. Pilih yang boleh dikongsi dan simpan semuanya dalam fail ZIP.
TIGA GAYA, SEMUANYA TERMASUK.
Pilih satu untuk album, tukar bila-bila.
Tetamu terus ambil gambar.

Warna semula jadi, tanpa filter.

Tona hangat dengan rasa foto lama.

Warna lembut untuk suasana dewan.
Gaya digunakan pada paparan album dan muat turun bergaya. Gambar asal tanpa filter sentiasa disimpan.
BUKAN GAMBAR SAHAJA
Doa ibu. Usikan sahabat. Ucapan yang mungkin malu dilafazkan depan ramai.
Cuba tinggalkan suaraSemoga rumah yang dibina sentiasa penuh dengan gelak tawa, doa, dan cerita-cerita kecil yang indah.daripada yang tumpang gembira.Contoh ucapan
SATU MAJLIS. SATU PAKEJ.
Siapkan sendiri dengan mudah, dari telefon atau komputer.
Bayar sekali · tiada langganan · harga pilot
Bayaran disahkan secara manual buat masa ini. Baca Polisi Refund dan Terma. Cuba demo dashboard
SEBELUM HARI ITU
Satu gaya aktif untuk seluruh album pada satu masa. Asli, Klasik dan Dewan semuanya termasuk. Anda boleh tukar kemudian, dan gambar asal tanpa filter tetap disimpan.
Tak perlu. Tetamu scan QR atau buka pautan, dan terus guna dalam browser telefon.
Tetamu memilih sama ada kenangan hanya untuk tuan majlis atau boleh dikongsi. Tuan majlis menyemak dahulu sebelum ia muncul dalam album tetamu, dan album tetamu boleh dimatikan.
Tetamu perlukan internet untuk menghantar. Jika sambungan terputus, tetamu boleh cuba hantar semula; gambar yang sama tidak dikira dua kali.
Album dibuka 90 hari dari tarikh majlis. Selepas itu anda ada 30 hari lagi untuk muat turun semua gambar asal, gambar bergaya, suara dan ucapan dalam fail ZIP.
Selepas tempah dalam dashboard, anda terima nombor rujukan dan kami emel butiran bayaran (pindahan bank / DuitNow). Akses majlis aktif dalam 1 hari bekerja selepas bayaran diterima.
Refund penuh jika dibatalkan sebelum tetamu mula menghantar kandungan. Butiran penuh dalam Polisi Refund.