POLISI
Penghantaran & pemulangan.
RakamRasa ialah perkhidmatan digital. Tiada barang fizikal dihantar melalui pos atau kurier.
Berkuat kuasa: 8 November 2026
Apa yang “dihantar”
- Akses majlis: diaktifkan dalam dashboard akaun anda selepas bayaran disahkan.
- Kad QR: fail PDF (A5) dan PNG untuk dimuat turun dari dashboard. Cetakan dibuat sendiri oleh anda; kos cetakan tidak termasuk.
- Kenangan tetamu: gambar, suara dan ucapan dipaparkan dalam dashboard dan boleh dimuat turun sebagai fail ZIP.
Tempoh penghantaran
Buat masa ini bayaran disahkan secara manual. Akses majlis diaktifkan dalam 1 hari bekerja selepas bayaran diterima. Apabila bayaran dalam talian automatik tersedia, akses diaktifkan sebaik bayaran berjaya. Anda boleh semak status dalam dashboard (Tempahan).
Tempoh akses
Tetamu boleh menghantar dan melihat album majlis sehingga 90 hari dari tarikh majlis. Selepas itu tuan majlis mempunyai 30 hari lagi untuk memuat turun semua kandungan.
Pemulangan
Tiada barang fizikal untuk dipulangkan. Pembatalan dan refund tertakluk kepada Polisi Refund.
Masalah akses
Jika akses belum aktif selepas 1 hari bekerja dari bayaran, atau fail tidak dapat dimuat turun, hubungi kami melalui hello@rakamrasa.my atau WhatsApp 011-1129 8337.